Tahniah Sherie Merlis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan | DiSiniBermula

Tahniah Sherie Merlis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Friday, September 7, 2012

Tahniah Sherie Merlis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
Tahniah diucapkan buat Sherie Merlis serta suaminya Ash kerana selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tengku Kaseh Anaquah. Sherie selamat melahirkan melalui pembedahan walaupun tidak cukup bulan pada 7 Julai yang lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jelas Sherie kepada wartawan Utusan Online:-
“Ikut hati saya nak lahirkan Kaseh secara normal tapi kata doktor itu akan merbahayakan nyawanya. Pada 7 Julai lalu, ketika saya dan suami sedang membeli belah, tiba-tiba saya sakit perut. Bila pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), doktor nasihatkan saya supaya menjalani pembedahan kerana bayi perlu dikeluarkan segera kerana degupan jantungnya semakin lemah.
Nampak gayanya si Kaseh ini macam saya juga, lahir sebagai bayi pra matang. Sewaktu dilahirkan kira-kira pukul 12 tengah malam, berat Kaseh adalah 1.8 kilogram (kg). Disebabkan dia tidak cukup bulan dan perlu penjagaan rapi, selepas enam hari melahirkan Kaseh, baru saya dapat kucup dan pegang dia.”
Untuk makluman, kali terakhir Sherie melahirkan anak ialah 19 tahun lalu sewaktu menyambut kehadiran Harris Daniel, anak keduanya bersama bekas suami Esma Daniel, selain anak sulung Habib Daniel yang kini berusia 20 tahun. Semoga kesihatan ibu dan anak sentiasa terjaga.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE