Petua Merawat Bengkak Gusi | DiSiniBermula

Petua Merawat Bengkak Gusi

Thursday, October 11, 2012



Kebiasaannya apabila berhadapan dengan masalah sakit gigi, adakalanya ada segelintir daripada kita akan mendapati gusi menjadi bengkak dan kelihatan merah-kemerahan. Punca terjadinya gusi bengkak itu lazimnya disebabkan kekuranganvitamin C atau kurang menggosok gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi.  Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak walaupun tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.
Satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garamatau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.
Atau
Satu lagi caranya ialah berkumur dengan air kunyit.
Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman tu menyejuk dengan sendiri. Bila dah agak suam-suam kuku tu berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.
Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu bengkak pada gusi tu akan beransur surut dan sembuh

p/s- ingin tahu rahsia perkahwinan yang sebenar KLIK SINI



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE