DiSiniBermula: 09/08/12

GAMBAR TERBARU MIERA LIYANA YANG COMEL

Saturday, September 8, 2012

 Bekas kekasih hati Shah Jaszle, Miera Liyana baru-baru ini telah meghadiri satu sesi photoshoot. Mari kita tengok gambar hasil dari sesi penggambaran gadis cilik yang berusia 19 tahun ini.

 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar Zaris Nellydia Pelakon Spa Q Sedang Bersosial








Nombor pemudah kenal kembar


Nombor pemudah kenal kembar
Tindakan kreatif ibu kanak-kanak ini bagi memudahkan mereka dicam di sekolah.
BEIJING - Seorang ibu kreatif bertindak mencukur kepala anak kembar empatnya dengan meninggalkan sebahagian rambut di tengah-tengah kepala berbentuk nombor bagi memudahkan kanak-kanak itu dicam guru di sekolah.

Pasangan kembar empat seiras di selatan China itu menghadiri sesi persekolahan pertama mereka di bandar Shenzhen, wilayah Guangdong dan nombor pada kepala adalah kemudahan kepada guru kelas masing-masing.

Menurut ibu mereka, Jiang Yunlong, Jiang Yunxiao, Jiang Yunhan dan Jiang Yunlin berumur enam tahun memiliki fizikal dan rupa paras serupa sehinggakan bapa mereka sendiri sukar membuat pengecaman.

Gambar pemprosesan pembuatan DVD dan VCD dari awal hingga siap




DVD adalah sejenis cakera optik yang dapat digunakan untuk menyimpan data, termasuk film dengan kualiti video dan audio yang lebih baik dari kualiti VCD. "DVD" pada awalnya adalah singkatan dari digital video disc, namun beberapa pihak ingin agar kepanjangannya diganti menjadi digital versatile disc (cakera serba guna digital) agar jelas bahwa format ini bukan hanya untuk video saja. Kerana konsensus antara kedua pihak ini tidak dapat dicapai, sekarang nama rasminya adalah "DVD" saja, dan huruf-huruf tersebut secara "rasmi" bukan singkatan dari apapun.

Terdapat pula perisian yang membolehkan pengguna untuk mencadangkan (back-up) DVD sendiri seperti DVD Decrypter dan DVD Shrink.
Setiap orang yang mau masuk ke dalam pabriknya harus diperiksa, tujuannya untuk mencegah pencetakan haram dan menyelamatkan kekayaan intelektual dari kemungkinan kebocoran data ke luar kilang untuk cetak rompak.
cakera optiknya terbuat dari bahan dasar polikarbonat.

seperti inilah bentuk polikarbonat.
pertama, butiran-butiran polikarbonat dimasukkan ke dalam mesin pengering, sampai benar benar kering.
 
setelah dikeringkan butiran polikarbonat dimasukkan ke dalam mesin pemanas, butirannya dilelehkan terlebih dahulu sampai berbentuk cair
 Ini adalah mesin pencetak cakram DVD, didalamnya terdapat sebuah stamper
 
ini yang namanya stamper atau boleh juga disebut matrix, plat logam ini berisi data data film yang akan dicetak dalam bentuk cakera
butiran polikarbonat yang sudah dicairkan dengan suhu 250 darjah celcius, terus disuntik ke dalam mesin pencetak, sampai membentuk cakera DVD, data data yang ada di stamper juga langsung disimpan di dalam cakera tersebut.
pada proses ini, semuanya automatik dilakukan oleh mesin, manusia hanya mengawasinya saja
 
setiap satu kali proses pencetakkan, menghasilkan 30 keping DVD, kemudian cakera DVD yang sudah jadi akan dibawa ke proses selanjutnya menggunakan konveyor.
kemudian cakera-cakera dimasukkan ke dalam ruang pedingin, cakera DVD disejukkan suhunya hanya mencapai 20-25 darjah celcius (suhu bilik)


kemudian salah satu sisi cakera ditutupi oleh lapisan khusus (proses metalisasi) agar salah satu sisinya berkilat / memantulkan cahaya, ini bertujuan agar sensor laser di DVD player boleh membaca data-data yang terdapat di dalam keping DVD, tanpa bahagian-bahagian yang berkilat, sensor laser tidak akan boleh membaca data-datanya.
lalu bahagian yang tidak mengkilap direkatkan lagi sebuah lapisan DVD diatasnya dengan lem, perlu anda ketahui, keping DVD itu terdiri dari dua lapisan, sedangkan keping CD itu hanya satu lapisan


                                         ini belum jadi, masih ada proses selanjutnya.


kemudian cakram DVD diuji kualitisnya, boleh dilihat, yang diuji 40 disk, yang berkuliti baik 39 disk, berkualiti buruk 1 disk. Kilang ini selama satu bulan boleh menghasilkan 300.000 keping DVD.

3 jasad adik beradik rentung ditemui berpeluk

TRAGEDI...anggota unit forensik polis mengutip cebisan mayat tiga beradik.
TRAGEDI…anggota unit forensik polis mengutip cebisan mayat tiga beradik.
RANAU: Jeritan dan ratapan seorang wanita meminta tolong supaya tiga anak saudaranya diselamatkan ketika rumah mereka di Kampung Mokodou, di sini, terbakar semalam, gagal mengelak tiga kanak-kanak itu daripada rentung.
Sebaik api dipadamkan, wanita berkenaan, Basini Latif, 32, terduduk pilu melihat tiga jasad rentung berpelukan dalam sebuah bilik sebelum dikeluarkan anggota penyelamat.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, tiga kanak-kanak yang rentung itu ialah pasangan adik-beradik, Heirson Simson, 4, dan adiknya Alisya, 2, serta sepupu mereka, Mohd Fitri Zakaria, 5.
Bagaimanapun, anak Basini yang berusia dua bulan terselamat
Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar bekerja dan mereka dijaga Basini

Aksi PANAS Elfira Loy bersama Randy Pangalila



SERASI...antara babak DHAT yang 
bakal mencetuskan rasa cemburu?
SERASI...antara babak DHAT yang bakal mencetuskan rasa cemburu?
BAKAT dimiliki tidak setaraf tubuhnya yang genit. Pada usia 18 tahun, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri atau Elfira membuktikan dia mampu menjadi yang terbaik apabila merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin, tahun lalu.
Kebanyakan orang industri perfileman tempatan meramalkan Elfira bakal menjadi pelakon terkenal. Penilaian dibuat berdasarkan kejayaan diraih dalam usia muda, termasuk membintangi produksi besar filem Jepun, Second Chance dan ditayangkan di beberapa negara Asia. Ia turut menjadi pengiktirafan besar kepada artis remaja itu.






PENGALAMAN INDAH...Elfira mengabadi gambar kenangan bersama sekumpulan pelajar universiti di Paris, Perancis sewaktu melihat Menara Eiffel. 


Selain mengambil tempat Liyana Jasmay sebagai wajah terbaru Maybelline, Elfira membuktikan dia mempunyai kelebihan daripada sudut personaliti dan kecantikan.

Tidak menghairankan jika ada yang menggelarnya primadona pada masa akan datang.
Namun, ada harga perlu dibayar berikutan kejayaan awal diperoleh pada usia muda.
Mempunyai ratusan ribu peminat dan menjadi perhatian ramai menyebabkan gerak-geri pelakon yang mula mencipta nama menerusi pementasan teater Ali Baba dan Ibu Zain ini sering diperhatikan.

Timbul kontroversi baru-baru ini apabila ada yang mendakwa pelakon yang mengikuti pengajian peringkat diploma di Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi ini suka bangga diri dan menunjuk-nunjuk.

Gosip disiarkan itu ternyata memberi kesan besar, membabitkan pengajiannya mahupun kerjaya.

Yang pasti, tanggungjawab besar kini terpikul berat di bahu Elfira. Selain mengejar cita-cita, dalam waktu sama dia harus memastikan perjalanan hidupnya bersih daripada kontroversi.

Elfira yang turut menjayakan penggambaran drama bersiri Dalam Hati Ada Cinta di Paris, Perancis baru-baru ini berkata, kontroversi membabitkan dirinya timbul daripada salah faham. Ibaratnya, tidak kenal maka tidak cinta.

Jelas gadis kelahiran Kuala Lumpur ini, dakwaan dibuat hanya berdasarkan cakap-cakap orang yang tidak pernah mengenalinya, sedangkan yang berlaku sebenarnya hanya gurauan di kalangan mereka yang rapat de­ngannya dan kenal antara satu sama lain.

“Tidak mungkin saya mahu bersikap begitu dengan sengaja. Perkara terbabit ditimbulkan sewaktu saya bersama pengarah, Michael Ang dan beberapa pelakon lain memperkatakan satu isu. Michael pula suka mengusik dan selalunya kami pelakon yang rapat dengannya akan layan perangainya.

“Kami mula berdialog seperti berlakon dan keluarlah ayat yang kalau orang dengar dan nampak seperti kami bergaduh, tetapi sebenarnya itu gurauan.

“Waktu itu mungkin ada orang baru bekerja dengan produksi milik Michael terkejut me­nyaksikan situasi itu dan mula bercerita. Maka tersebarlah cerita mengatakan saya cuba menunjuk-nunjuk dan bangga diri.

“Selalunya orang tidak me­ngenali diri saya yang sebenar mudah membuat persepsi negatif. Sebaik-baiknya sebelum membuat andaian, kenalilah seseorang itu dengan lebih baik dan kemudian baru membuat pertimbangan,” katanya.

Mengenai pengajiannya, kata Elfira, setakat ini semuanya berjalan lancar.
Walaupun waktu sama sibuk dengan penggambaran drama, ia tidak pernah memberi masalah untuk dia menangani dua perkara ini dalam satu masa.

“Istimewanya pengajian Seni Persembahan & Komunikasi di KDU, pembelajaran secara amali lebih dititik beratkan. Bayang­kan jika saya berlakon drama atau terbabit dengan kerja di belakang tabir produksi, saya akan diberikan markah.

“Tertinggal kuliah bukan masalah kerana kebanyakan tenaga pengajar sedia memberi tunjuk ajar dan berkongsi nota. Yang penting, tugasan diberi harus disiapkan.

“Saya selalunya memberi penekanan kepada tugasan kerana ia penting. Malah, ada ketika di lokasi pun saya sibuk menyiap­kan tugasan,” katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang seni persembahan dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda dan sarjana di luar negara.


Aksi panas Elfira dan Randy

SELAIN drama bersiri Qalesya, antara karya yang mengangkat nama Elfira ialah Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, yang kali pertama menemukannya dengan bintang popular dari seberang, Randy Pangalila.

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang juga mencatat kejayaan besar buat produksi Cube Filem hingga memberi idea kepada penerbit dan pengarahnya, Michael Ang menerbitkan drama bersiri Dalam Hati Ada Taman (DHAT) yang bakal disiarkan di Astro Ria, Oktober depan.

Pastinya gandingan sekali lagi Elfira dan Randy dinanti ramai pengikut telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang yang mem­peroleh 1.2 juta penonton.

Tidak kurang juga pasti ramai mahu melihat permainan watak antara Elfira dan Randy dalam DHAT dan sejauh mana pula ia berbeza dengan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Kata Elfira, sudah tentu watak dilakonkan dalam dua drama ini sangat berbeza, apatah lagi durasi tayangan juga tidak sama. Katanya, dalam DHAT pembawaan wataknya lebih berat kerana konflik yang berlaku sangat luas.

Ia juga lebih menarik, tetapi ‘mood’ yang ada dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang juga ada dalam DHAT.

Keserasian antara Elfira dan Randy juga bertambah kuat dalam DHAT, terutama membabitkan babak percintaan. Ada beberapa aksi juga dirasakan bakal mencetuskan kontroversi, termasuk bercium.

“Dalam DHAT, babak romantis itu memang ada tetapi ia dilakukan dengan cara berbeza supaya penonton dapat merasainya. Isu cium itu pula sebenarnya bukan saya benar-benar cium pipi Randy, sebaliknya saya cium tangan sendiri.

“Ia ada kaitan dengan dialog. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya tetapi mahu penonton menyaksikannya. Pada saya, idea penulis skrip menghasilkan babak itu sangat manis dan comel,” katanya.

Akui Elfira, gandingannya dengan Randy tidak disukai semua orang, malah sebelum ini banyak kritikan dan kutukan diterima Elfira daripada peminat setia Randy yang rata-ratanya perempuan.

Menganggap perkara berlaku sebagai biasa, kata Elfira, ia timbul daripada sifat cemburu dan ia adalah normal, terutama bagi gadis sebayanya.

“Saya juga ada idola sendiri. Apabila melihat idola saya muncul dengan perempuan lain atau berlakon dengan orang lain, saya juga ada rasa cemburu.
Pada saya, kritikan dan kutukan diberi bukan masalah besar. Ia menjadi adat.

“Saya tidak pernah berasa sakit hati apabila ada orang berbuat demikian (mengkritik dan mengutuk) hanya kerana saya berlakon dengan Randy.

“Sebagai pelakon yang menjadi perhatian umum, saya juga meletakkan diri saya di tempat mereka sebelum membuat tindakan membabitkan kritikan dan kutukan yang mereka berikan,” katanya.

Wayang Di Dalam Tab Air Panas Di London (15 Gambar)

Hari ini kami menonton Pat Tillman Story sebuah dokumentari yang menarik! Biasanya kami menonton sambil bebaring diatas katil. Tetapi alangkah best kalau boleh nonton filem dengan cara yang lebih unik dan bawse?

Di Malaysia kini sudah ada premium class cinema yang menawarkan seat yang lebih besar, boleh sandar dan perkhidmatan makanan dihantar terus ke kerusi anda. Kami rasa GSC One Utama ada wayang sebegini. Kami tak pernah try tapi orang kata agak bawse juga walaupun harga tiket mencecah RM60 sekepala.

Di London ada Hot Tub Cinema dimana anda menonton filem dari dalam tab air panas. Hot Tub Cinema ialah wayang yang muncul setiap September di atas bumbung apartment di London. Ianya bermula sebagai sebuah parti peribadi dan kerana kepopularannya ianya kini menjadi acara tahunan. Anda boleh nonton wayang sambil berendam dengan awek dan makan apa sahaja anda hendak. Tidak terhad kepada hotdog, popcorn dan air gula pada harga lebih mahal dari Tesco. Tahun ini ianya diadakan di Hackney London. Nampak macam sebuah pengalaman menonton filem yang menarik dan unik. Sesiapa di London boleh lawat laman sesawang HotTubCinema untuk booking ticket anda. Harapannya mereka akan menayangkan Hot Tub Time Machine!





Gambar Kesian Dah Tersepit Di Perkosa Pula

Parah..!!.Biar Pun Sudah Terjepit Tetap Juga Di Perkosa ..HAhhh..inilah yang terjadi kepada "binatang" yang melakukan pemerkosaan tersebut...jom saksikannya..semoga terhibur ya...

Ehhh..!!!..Bukan yang ini....tapi yang di bawah ni....

Balas dendam

NEVIN (kiri), memenggal kepala Nurettin (kanan)sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
NEVIN (kiri), memenggal kepala Nurettin (kanan)sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu. Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.
Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya
Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: “Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.
“Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. – Agensi

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE