Isteri Lelaki Itu Sendiri Yang Perlu Pinang Saya - Fara Fauzana | DiSiniBermula

Isteri Lelaki Itu Sendiri Yang Perlu Pinang Saya - Fara Fauzana

Saturday, January 19, 2013

Isteri Lelaki Itu Sendiri Yang Perlu Pinang Saya, Kata Fara Fauzana

PETALING JAYA : Jika kebanyakan wanita tidak terbuka untuk hidup bermadu tetapi tidak kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana yang bersedia untuk berkongsi suami.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu.

“Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.

“Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis.

Tambah Fara, dia mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab.

Sementara itu, ketika sibuk di set penggambaran mengendalikan program Nona bersama Neelofa serta melaksanakan tugas sebagai penyampai radio, Fara turut membabitkan diri dalam perniagaan ‘homestay’.

Kata Fara, dia telah membeli tiga buah lot rumah di Shah Alam di sini untuk dijadikan sebagai rumah sewa kepada sesiapa sahaja yang mempunyai urusan di lokasi tersebut.

“Sebenarnya ia merupakan pelaburan yang boleh memberi pulangan secara diam. Buat masa ini saya hanya membeli sebuah rumah teres dan dua kondominium untuk dijadikan sebagai ‘homestay’ yang diberi nama MyRumah.

“Ia khusus buat orang yang datang ke Kuala Lumpur bagi urusan perkahwinan, konvokesyen atau hal-hal lain yang mencari rumah sewa berkos rendah.

“Saya baru memulakan perniagaan ini sejak awal tahun lalu dengan bantuan ibu. Insya-Allah, saya akan membuka sebuah lagi ‘homestay’ di Port Dickson, Negeri Sembilan,” ujarnya.


Untuk teknik mengatasi ejakulasi pramatang yang lebih 'advance' download ebook bagaimana untuk bertahan lama dalam hubungan seks  bersama isteri Percuma sahaja.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE