Foto Nabila Dan Nas-T Bercuti Di Bali | DiSiniBermula

Foto Nabila Dan Nas-T Bercuti Di Bali

Tuesday, April 16, 2013

Pelakon yang baru saja mengenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, Nabila Huda Suhaimi dan kekasihnya, Nas-T sempat meluangkan masa bersama dengan bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Percutian selama tiga hari dua malam itu mungkin merupakan salah satu cara untuk mereka lebih mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi selain bertujuan untuk meraikan kemenangan Nabila pada majlis Anugerah Bintang Popular yang lalu.
Nabila memang dikenali sebagai seorang yang suka mengembara malah pada tahun lalu dia sudah melancong ke pelbagai tempat menarik seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom dan Itali.
Semoga hubungan yang semakin mekar berkembang ini bakal dimeterai dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi memandangkan pasangan ini dilihat serasi serta sangat sepadan bersama.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE