Ashraf Muslim Akui Tertekan Kerana Isu Poligami | DiSiniBermula

Ashraf Muslim Akui Tertekan Kerana Isu Poligami

Wednesday, June 26, 2013

Kalau Admin jadi Ashraf Muslim pun pasti akan merasai tekanan. Mana tidaknya, cerita mengenai perkahwinan kedua terpampang di dada akhbar dan sosial media. Tambah tertekan apabila kemunculan seorang wanita bernama Sakinah yang seolah-olah mengiakan khabar angin tersebut. Confirm stress!!!
ashraf muslim
Apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Sakinah, Ashraf Muslim berkata:-
Saya ada tanya pada Sakinah tentang dia buat kenyataan, tapi dia kata dia tak buat apa-apa kenyataan di mana-mana akhbar. Jadi saya pun tak dari mana datangnya kenyataan yang dilaporkan itu.
Biarlah hal ini hanya keluarga saya isteri dan kelurga isteri saja yang tahu akan perkara sebenar. Tak perlu lah orang lain nak ambil tahu. Selama ini saya tidak mahu membuat kenyataan kerana saya perlu menjaga banyak hati. Hati isteri, ayah saya dan keluarga mertua. Kalau saya cakap nanti, lain pula yang jadi. Saya sayang isteri saya. Cukuplah hanya keluarga saya saja yang faham
ashraf muslim
Yang penting, Ashraf Muslim memberitahu yang dia ada cara untuk mengatasi masalah ini. Tidak pula dimaklumkan secara mendalam mengenai cara yang dimaksudkan, namun Admin percaya langkah yang diambil oleh Ashraf akan memuaskan hati semua pihak. Kata Ashraf lagi:-
Kalau gosip terkena pada saya sahaja, saya dah biasa. Tetapi apabila melibatkan keluarga ia menjadi sukar kerana keadaan menjadi berbeza. Kontroversi saya mahu berkahwin lain juga membuatkan saya tertekan. Alhamdulillah sebagai seorang lelaki dan suami, saya ada cara untuk mengatasi masalah ini. Saya juga kecewa dengan orang yang tak tahu apa-apa fasal kami bercakap dan menyebarkan gosip tentang kami
Biasalah kalau dah jadi selebriti pasti orang akan bercakap mengenai anda.Lebih-lebih kalau berita tersebut mengenai perkahwinan kedua yang sememangnya sensitif dengan orang Melayu. Apa pun marilah sama-sama kita doakan agar hubungan suami isteri antara Ashraf Muslim dan Dayana tidak tergugat kerana khabar angin ini.

1 comments:

waheed rauf said...

http://gamesyork.blogspot.com/2013/05/sniper-elite-v2-dlcs-download-free-game.html

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE