KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI (KGT) 1 JULAI 2013 | DiSiniBermula

KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI (KGT) 1 JULAI 2013

Monday, June 24, 2013

Ianya berkenaan Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang mana setiap kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai 2013 depan. Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.
pekeliling-perkhidmatan-bilangan-5-tahun-2013
Kakitangan awam yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan:
  • Semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.
  • Pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.
Kakitangan awam yang tidak layak mendapat KGT itu adalah:
  • Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
  • Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE