Video Budak Baru Couple Seminggu Memang Kelakar | DiSiniBermula

Video Budak Baru Couple Seminggu Memang Kelakar

Tuesday, July 9, 2013

Screen Shot 2013-07-09 at 10.44.31 AM

Tak dinafikan, kemahiran meng-edit video oleh remaja berusia 15 tahun ini boleh tahan juga. Dari lagu latar yang kami kira sangat bersesuaian dengan mood dan temanya, gadis ini berjaya menarik lebih 27 ribu jumlah tontonan di laman Youtube.
Rasanya, sudah ramai yang tahu tentang video ini kan? Bagi yang tak tahu , video bertajuk ‘Budak baru nak up.. Cess..~ (T_T) – Ery Oh Ery‘ ini telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Youtube dan ia sebenarnya mengenai seorang remaja perempuan yang meluahkan rasa cintanya pada kekasihnya, Ery.
Video berdurasi 2.41 minit ini bukan saja menunjukkan remaja ini menyanyi, malah dia turut meluahkan janji-janjinya. Menariknya, video ini dibuat selepas satu minggu mereka bercinta dan kami pasti, sehingga kini, remaja ini pasti sedang hangat bercinta dengan Ery.
Screen Shot 2013-07-09 at 10.45.37 AM
Inilah Ery, teman lelaki remaja wanita ini.
Screen Shot 2013-07-09 at 10.45.21 AM
Betulkan kalau silap, tapi memang ada bunyi hair-dryer ketika remaja ini menyanyi kan?
Namun, jika anda rasa video ini sudah cukup popular, anda silap. Kerana video parodi ‘Budak Baru Couple Seminggu‘ telah mencatat lebih 30 ribu jumlah tontonan walaupun baru saja dimuat-naik semalam. Menarik kan?
Screen Shot 2013-07-09 at 10.49.05 AM
Berdurasikan 2.36 minit, video parodi ini sangat mencuit hati dan ia turut menyelitkan video klip yang kami kira lebih lucu dengan penampilan kerbau.
Senang cerita, entah apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang ini. Sengaja buat kami ketawa di pagi hari. Jangan buang masa, mari tonton kedua-dua video selepas ini ya!
Video asal ‘Budak Baru Couple Seminggu’
 
Video parodi ‘Budak Baru Couple Seminggu’

2 comments:

Esmael_Ismail Hosen said...

ada cerita lagi..........

Nur Hafizah Hussain said...

hehe.. mmg sedang hangat diperkatakan video ini. ligat mengdownload, mengupload begitu juga share.. pelbagai spekulasi di adakan.. ada juga mengatakan 1. video couple seminggu. akan datang apa aja akan dibuat video..zaman teknologi.. hehe

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE