Saya Dan Nora Danish Adalah Satu Keluarga – Fasha Sandha | DiSiniBermula

Saya Dan Nora Danish Adalah Satu Keluarga – Fasha Sandha

Tuesday, September 17, 2013

Hujung minggu lalu, telah diadakan satu majlis cukur jambul dan akikah untuk anak sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli. Memang nampak meriah sungguh majlis yang diadakan secara tertutup ini. Nora Danish turut hadir, sekaligus membuktikan kepada orang ramai betapa mesranya hubungan mereka sekeluarga dan tiada lagi persengketaan yang pernah terjadi satu ketika dahulu.
majlis cukur jambul rayfal
Berkata kepada Harian Metro, Fasha Sandha memaklumkan yang hubungan mereka berdua kini umpama satu keluarga lebih-lebih dengan kehadiran Rayfal, yang merupakan adik kepada Rayqal, anak hasil perkongsian hidup Nora Danish dan Jejai satu ketika dahulu.
Raykal (anak Nora) adalah abang kepada Rayfal, jadi secara automatik saya dan Nora berkeluarga. Kami berfikiran positif. Apa juga perkara negatif yang pernah berlaku sebelum ini sudah lama kami lupakan. Kami memilih untuk bergerak ke hadapan atas nama ikatan keluarga ini
majlis cukur jambul rayfal
Hubungan mesra sebegini tidak mungkin akan berlaku tanpa sifat keterbukaan, maaf memaafi dan menghormati antara satu sama lain. Nora dan Fasha seharusnya dijadikan contoh kepada mereka yang mengalami masalah serupa. Kisah duka yang lama jangan dibuka, biarkan ia terpendam selama-lamanya. Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Rayfal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal
majlis cukur jambul rayfal

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Subscribe Here

Subscribe via Email

Ping Busuk

Close

Just Click the Like Button Below Then Click Close to Continue...


Powered By EXEIdeas
CLOSE HERE