Tuesday, November 27, 2012

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta?

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.



Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

“Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja.

“Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri.

Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin.

Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan.

Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan.

“Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?,” soal Teo. - Sumber



Lihat gambar di atas neh. Gambar neh ialah gambar beg. Harga beg neh sangat mahal. Nama beg neh ialah Hermès Himalaya Crocodile Birkin. Rosmah mansur ada beg macam neh. Gambar di bawah neh sebagai bukti kukuh bahawa rosmah mansur ada beg seperti neh. 

Lihat bawah neh ;
Nampak apa yang aku nampak? Ya, beg itu. Bukan tengok rosmah beb, tengok beg tue hah. Perhatikan betul2. Sama tak? Sama kan? So nak tahu nilai sebenar beg tue? Nilai dia dalam matawang malaysia ialah rm300,000 ++
.
Klik sini bukti lanjut rosmah mansur ada beg mahal nak mampos neh.

Sumber : Beg ajek rm300ribu beb.. beg ajekkk....

Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah. 

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.
Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.

.:. Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.
 
P/s-Hanya bermodalkan RM25 anda mampu mengubah segalanya...Klik Banner dibawah untuk info lanjut

 

No comments:

Post a Comment