Arrora Salwa yang hangat dengan lagu berjudul ‘Ahmad’, pernah gempar dengan kes pembatalan tunang dengan Mohd Fairuz Shaari atau Alloi bekas kumpulan Max:247.
Kini kembali panas di ‘Facebook’ apabila Alloi mengatakan Arrora Salwa kaki ‘mandrem’. Menurut laman Facebook milik Mohd Fairuz Shaari (Alloi) yang mengatakan Arrora Salwa menggunakan khidmat bomoh pada CD demo lagu ‘Ahmad’ sebelum dihantar ke stesen radio bagi mempopularkan lagu tersebut.
Menurutnya lagi, Arrora Salwa juga turut mempelawa dia untuk menggunakan khidmat bomoh bagi single Inspirasi ke7, tetapi dia tidak berminat dengan kerja-kerja berunsurkan syirik ini.
Bekas bekas kumpulan Max:247 turut mencabar Arora untuk menyamannya jika pekara itu tidak benar dan berunsur fitnah darinya.
Turut terkandung dalam laman sosial miliknya, mengenai isu santau keluarga Alloi, yang dikatakan berpunca daripada Arrora Salwa. Menurut Alloi lagi, ibu Arrora Salwa juga pernah menasihati Alloi tentang perangai penyanyi itu. Dia juga menggelar Arora sebagai lesbian.
Menurut Alloi lagi dia berani bersumpah bahawa kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial ini adalah benar.
Sejauh mana kebenarannya kami pun tidak pasti, tetapi kami mempunyai bukti kenyataan Alloi ini. Semoga kedua-dua mereka dapat menyelesaikan masalah peribadi ini secara lebih berhemah.
P/s-Hanya bermodalkan RM25 anda mampu mengubah segalanya...Klik Banner dibawah untuk info lanjut
No comments:
Post a Comment