Admin masih ingat detik pertama kali Admin membaca novel Lagenda Budak Setan. Menitis air mata ini menyelami penderitaan yang dialami oleh Kasyah. Memang sedih sangat-sangat. Hidup Kasyah seolah-olah tidak mengenal erti bahagia.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs.jpg)
Sambungan kepada novel Lagenda Budak Setan ialah Katerina (Saga 3). Yang ini pun berjujuran juga air mata Admin dibuatnya.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs2.jpg)
Namun Admin gagahkan juga diri kerana tidak mahu terlepas lakonan hebat Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae di dalam filem ini. Admin memang dari dulu suka dengan lakonan Maya Karin. Masa Ombak Rindu dulu pun terkeluar setitis dua air mata melihat penderitaan yang dialami oleh Izzah lakonan Maya Karin.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs3.jpg)
Lagenda Budak Setan – Katerina kali ini mengisahkan percintaan yang kembali berputik di antara Kasyah dan Katerina. Mampukah percintaan mereka bertahan dengan begitu banyak sekali dugaan yang mendatang? Dugaan paling hebat sudah tentu Hisyam, lakonan Bront Palarae yang merupakan bekas kekasih Katerina.
Sedikit sinopsis Lagenda Budak Setan – Katerina untuk anda semua:-
Selepas kematian Ayu, Kasyah meneruskan kehidupan bersama anaknya Athirah. Walaupun telah kecewa, Katherina bertemu dengan Kasyah kembali dan mereka banyak meluangkan masa bersama. Percintaan mereka semakin mekar namun mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan daripada pihak ketiga. Dapatkah mereka terus bersama? Atau cinta mereka akan terhalang buat kali kedua?
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs10.jpg)
Dan dengan muka tak malunya, Admin mengakui yang air mata jantan Admin jatuh jua melihat filem ini. Memang sedih sangat-sangat. Kehebatan lakonan Farid Kamil membuatkan Admin turut terasa penderitaan yang dialaminya. Scene paling meninggalkan kesan pada Admin ialah babak Kasyah dengan anaknya, Athirah di hospital Athirah. Memang meruntun jiwa.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs4.jpg)
Admin juga turut rasa nak lempang Bront Palarae ketika press conference kerana bengang tahap gaban dengan wataknya sebagai Hisyam. Psiko gila-gila punya. Memang tahap meroyan mahukan cinta Katerina. Menjadi betul lakonan jahatnya. Respek!!!
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs5.jpg)
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs5.jpg)
Namun perkara yang paling penting bagi Admin ialah filem Lagenda Budak Setan – Katerina kali ini betul-betul mengikut jalan cerita seperti di dalam novel. Peminat novel Ahadiat Akashah pasti tersenyum girang. Ahadiat Akashah sendiri pun sangat puas hati dengan adaptasi kali ini. Hampir 100% tepat.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs6.jpg)
Pengarah filem ini, Sharad Sharan berjaya memberikan sinematografi yang membuatkan Admin kagum. Terlopong juga mulut Admin melihat kecantikan babak-babak romantik yang diambil di hutan. Memang indah sungguh.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs9.jpg)
Secara jujur, Admin bagi 4.2 bintang daripada 5 untuk filem Lagenda Budak Setan – Katerina ini. Jalan cerita yang simple, sinematography yang cantik, lakonan yang mantap dan paling penting, keseluruhan cerita ini memang menikam jiwa. One of the best love movie yang Admin pernah tonton.
![lsb](http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/bnara/lbs7.jpg)
P/s-Hanya bermodalkan RM25 anda mampu mengubah segalanya...Klik Banner dibawah untuk info lanjut
No comments:
Post a Comment