Thursday, August 30, 2012

Lepas tayang tubuh, Lana Nordin tayang jantannya pula...


KUALA LUMPUR - Biarpun sedang dilanda kontroversi berikutan fotonya yang seksi berbikini tersebar meluas internet, namun pelakon Lana Nordin tetap tidak segan silu membawa seorang jejaka kacak tinggi lampai di majlis memperkenalkan koleksi Rafflesia White South Sea Pearlsdan baju raya turquoise Ariff Shukor di Rafflesia Pearl Centre, Hotel Park Royal, Jumaat lalu.

Jejaka yang dikenali sebagai Parvel, ini dikatakan adalah teman istimewa Lana Nordin, namun sukar untuk mengaitkan dia sebagai lelaki yang sama yang dilihat bersama Lana Nordin di dalam fotonya yang penuh kontroversi itu. 


Ini kerana lelaki yang dilihat di dalam foto 'panasnya' itu mempunyai fizikal yang rendah jika dibandingkan dengan ketinggian Parvel.

Lana Nordin bagaimanapun agak keberatan untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai si jejaka kelahiran Republik Czech itu. Bagaimanapun, dia memberikan kerjasama apabila pihak jurugambar ingin merakamkan gambarnya bersama jejaka berkenaan.

No comments:

Post a Comment