Perkhabaran sedih dari dunia hiburan India.
Setelah dikatakan hilang hampir setahun (11 bulan), pelakon seksi Laila Khan rupa-rupanya telah mati dibunuh semenjak awal kehilangannya lagi.
Pelakon yang popular melalui filem Wafa: A Deadly Love Story ini dikatakan hilang bersama Saleena Patel iaitu ibunya, adik perempuannya, Azmina serta adik lelakinya dan sepupunya.
Seperti yang dilaporkan oleh One India pada Jumaat yang lalu, pihak polis telah mengesahkan bahawa pelakon kelahiran Pakistan ini sudah mati sibunuh.
Perkara ini terbongkar apabila pihak polis berjaya menangkap seorang suspek, Parvez Tak, berkenaan kes yang lain. Parvez memberitahu pihak polis bahawa Laila dan ahli keluarganya telah mati dibunuh pada 4 Februari 2011.
Dari siasatan awal polis, dipercayai Laila dan keluarganya dibunuh akibat dari sengketa harta kekeluargaan. Namun bergitu, Parvez menyatakan bahawa Laila telah pun berkahwin dengan salah seorang kuncu buruan polis, Dawood Ibrahim. Beliau juga mendakwa Laila berkemungkinan terlibat dengan sendikit kejahatan tersebut.
Oleh kerana hasil siasatan awal polis berbeza dengan kenyataan Parvez, punca kematian Laila masih lagi misteri.

No comments:
Post a Comment