Anak Cina Maki Anwar Sebabkan Rusuhan Di Depan Wartawan.
Seorang peserta Bersih 3.0 Benji Lim, yang kecewa dengan
tindakan dan kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah melepaskan geram
beliau di hadapan puluhan wartawan semasa sidang media mengenai Bersih
3.0 di Ibupejabat PKR-agendanews
Seingat
saya yang kerap ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar
Ibrahim, belum pernah wartawan tempatan, pro pembangkang dan agensi
berita luar negara ‘sepakat’ mengasak Ketua Pembangkang itu.
Namun, ini berlaku kerana kami semua mahu Anwar berterus terang mengenai
siapa mengarahkan peserta Bersih 3.0 merempuh halangan polis di Dataran
Merdeka, Sabtu lalu.
Ianya juga kerana sebilangan besar wartawan hadir sidang media Anwar di
ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi Isnin adalah mereka yang turut
berada di Dataran Merdeka malah tahu jawapan ding dong Anwar serta
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung perkara itu.
Anwar, Azmin dan Naib presiden PKR Tian Chua masih mahu main silap mata
seolah-olah mereka saja bercakap betul dengan menafikan memberi isyarat
supaya peserta merempuh halangan polis dalam insiden kira-kira jam 2.55
petang itu.
Malah, Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)
Mereka akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana.
Ketika Agendadaily bertanya soalan mengenai ucapan provokasi Anwar dan
Azmin supaya peserta Bersih ‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “
Ini soalan UMNO...Ini soalan UMNO”.
Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video
dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin supaya merempuh masuk
Dataran Merdeka.
Anwar berdolak dalih mendakwa beliau beri isyarat minta laluan, isyarat
mahu peserta masuk ke kanan – arah Jalan Tunku Abdul Rahman, bukan ke
kiri – arah ke Dataran Merdeka.
Beliau juga kata beri isyarat kepada Azmin supaya berunding dengan
pegawai polis yang kononnya ada di situ untuk minta kebenaran berkumpul
secara aman.
Azmin dalam sidang media sama turut mengesahkan kata-kata Anwar dan
menambah beliau memberitahu Anwar "Saya sudahpun berunding dengan
polis,"
Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk
berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang
dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis
itu.
Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit
selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah
lelaki India memakai baju kuning tersebut.
Kenapa Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?
Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India
dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin
rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri
Sembilan itu.
Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui
mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka...boleh masuk...boleh masuk,” .
“Bohong’, jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut.
Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dkatakan ahli parlimen Gombak itu.
Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua
wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba
mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa
tersebut.
Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300,000 peserta Bersih
menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh
halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak
melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua
wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video
tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang.
Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media
yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan
pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya
berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di
Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.
“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon
jalan sebelum Datuk seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri
tidak sampai lagi...mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di
situ,” katanya.
Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah
hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar
cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki
Cina (gambar kiri sekali baju putih) mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah
Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut.
Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja,
Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis.
Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau
tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari
hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.
Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.
Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau
membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan
berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.
Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka
dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.
Azmin dan Tian Chua pun sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan
polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai
peserta Bersih 3.0.
Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.
Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmin.
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar namk
tumpang glamour juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’
saja.
Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut
memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang
siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu.
Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan
yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.
Kepada Anwar, jika beliau anggap 28 April hari Merdeka Rakyat, beliau
juga kena ingat 30 April – hari ramai wartawan angin dengan diing dong
lakonan beliau yang memang sanggup buat dan cakap apa saja asalkan
cita-cita jadi Perdana Menteri tercapai.
No comments:
Post a Comment