PENULIS jangka selepas ini media propaganda Pakatan haram, terutama PKR akan memainkan sungguh-sunggu situasi yang berlaku di Kota Bharu kelmarin bila bas mewah Anwar yang digunakan untuk berkempen (atas nama jelajah merdeka) ‘diserang’ dengan cat merah.
Gambaran awal macam biasa, itu kerja orang UMNO. Walaupun tidak ada bukti apa-apa, tapi itu tidak menjadi hal sebab berat pembuktian ini hanya terpakai kalau UMNO menuduh mana-mana komponen Pakatan haram dan pemimpinnya, kalau depa tuduh kita, sehelai kertas pun dah cukup.
Pathetic.
Penulis nak sebutkan, ini taktik basi, beli cat merah bukannya mahal pun setin di kedai hardware, sendiri pun boleh buat untuk cipta kontroversi. Kalau Anwar boleh cipta fitnah konon Najib bunuh Altantunya, Rosmah tembak perut Altantunya, apa sangat suruh budak-budak beli cat dan baling pada bas?
Ini yang biasa penulis gelarkan politik polong. Hitler dan parti Nazi nak kuasa Jerman dulu guna cara macam inilah.
Tujuannya kita semua tahu sebab nak bangkitkan kebencian rakyat kepada UMNO. Dari cara berita ini ditulis pun kita sudah tahu bahawa perbuatan ini sengaja dilakukan konon untuk beri gambaran bahawa UMNO cuba nak serang bas mewah Anwar yang khabarnya pernah dinaiki Nik Aziz.
Kenapa nama Nik Aziz digunakan dan dibabitkan, sebab Nik Aziz ada ramai penyokong fanatik yang sanggup buat benda-benda bodoh demi mempertahankan mayat hidup ini secara percuma. Anwar tidak ada, melainkan dibayar.
Pendek kata Anwar nak naikkan kemarahan di kalangan penyokong fanatik Nik Aziz dulu sebagai permulaan, sebelum ia dijadikan ‘fenomena’ nasional. Itu sahaja politiknya dan kita dah lama tahu.
Penulis nasihatkan Anwar, ooi orang tua, carilah pendekatan lain. Ini semua pendekatan lapuklah, tidak ada siapa hairan pun bila perkara-perkara ini berlaku sebab kau terkenal dengan reka cipta isu untuk naikkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan.
Penulis juga ingin nak menambah, seperti yang penulis sebutkan sebelum ini bahawa kempen guna bas ini ditiru bulat-bulat dari kempen sama yang digunakan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan (kawan baik Anwar), ‘drama’ yang sedang cuba direka ke atas bas ini pun ditiru dari kejadian yang pernah berlaku kepada bas Erdogan juga.
Methodnya itu sahaja yang berlainan, bas Anwar dibaling cat, bas Tayyib diserang penunjuk perasaan. Tapi mana-mana pun matlamat akhir penciptaan kontroversi sedemikian yang penting – untuk timbul kebencian pada parti lawan dan tarik simpati rakyat.
Ini videonya, jadi janganlah mudah kita percaya dengan pembohongan sebegini ya. Anwar ceduk Turki bulat-bulat.

No comments:
Post a Comment