Wednesday, September 5, 2012

'Payudara saya tidaklah sebesar itu' - Uli Auliani


Tidak lama dahulu, artis Indonesia yang bernama Uli Auliani ini telah menggemparkan media Indonesia apabila foto separuh bogel (topless) mitip wajahnya dikatakan telah tersebar di dunia maya ini.

Namun begitu, Uli menafikan sekeras-kerasnya gambar tersebut merupakan beliau.

Uli yang menafikan foto tersebut berkata, gambar tersebut amat berbeza sekali dengan susuk tubuhnya sendiri.

"Gila betul, bukanlah! Payudara saya tidaklah sebesar itu," kata Uli yang ditemui di Planet Hollywood, Jakarta Selatan, minggu lepas lapor tabloidbintang.

Uli mengatakan bahawa foto tersebut telah disunting. Uli juga berasa amat terkilan dengan beredarnya foto-foto hasil suntingan tersebut hingga mengakibatkan hubungan antara keluarganya semakin renggang.

 

Uli mengaku jika foto tersebut benar-benar murni hasil editan. Bahkan Uli mengaku sangat geram atas beredarnya foto topless editan tersebut, bagaimana tidak akibat hal tersebut hubungannya dengan keluarga menjadi renggang.

"Orang tua saya amat kecewa melihat foto-foto tersebut di internet, ramai yang mengata diluar hingga mereka malu untuk keluar dari rumah. Walaupun begitu, saya telah menerangkan bahawa itu bukan gambar saya kepada mereka," tambahnya.

No comments:

Post a Comment