Takziah diucapkan kepada keluarga dan
kenalan kepada mangsa kemalangan yang mengorbankan dua orang pelajar
jurusan perubatan kita di Nizhniy Novgorod State Medical Academy,
Russia. Mari sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada kedua orang
pelajar yang terkorban.
Kadang-kadang susah nak percaya benda ni
boleh berlaku sebab sekarang ni musim panas. Takde alasan jalan licin,
tak nampak jalan dan sebagainya. Setahu saya, ‘lebuhraya’ di Moscow pun
sebenarnya takdelah sesak macam lebuhraya di Malaysia.
‘Lebuhraya’ mereka kat sana pun takdelah
maju macam yang kita ada, R&R semua lengkap dan bersih serta jalan
yang elok berturap. Jalanraya kat sana agak teruk. Walaupun, baru sahaja
berlangsung pilihanraya Presiden Moscow, saya tak pasti samada mereka
meturap semula jalan ataupun tidak.
Berdasarkan apa yang saya faham daripada
laporan agensi berita di Russia, kemalangan melibatkan sebuah bas (dari
arah bandar Nizhniy Novgorod) yang dirempuh oleh marshrutka (van besar)
yang dinaiki oleh pelajar kita dari Moscow. Pemandu mashrutka tersebut
pun terkorban dalam nahas ini.
Sentiasa mendoakan keselamatan rakyat kita di sana..
No comments:
Post a Comment