Monday, September 3, 2012

Robert Pattinson Jual Rumah




SEBUAH rumah agam milik pelakon Robert Pattinson yang pernah didiami bersama bekas teman wanitanya, Kristen Stewart khabarnya sedang dalam proses untuk dijual.
Robert nekad menjual rumah yang terletak di Los Feliz, Los Angeles itu biarpun baru setahun memilikinya kerana mahu melupakan Kristen.
"Ada terlalu banyak kenangan di rumah itu yang membuatkan Robert sukar untuk melupakannya," kata sumber rapat Robert kepada US Weekly.
Robert membeli rumah mewah itu pada September 2011 dengan harapan untuk membina mahligai perkahwinan dengan teman wanitanya yang berubah hati mencintai pengarah, Rupert Sanders.
Pasangan itu bercinta selama lebih tiga tahun sehingga berpisah baru-baru ini.
Kristen sendiri berpindah keluar daripada rumah itu pada bulan lalu atas permintaan Robert yang benar-benar kecewa dengan kecurangan teman wanitanya.
Kredit to: Kosmo

No comments:

Post a Comment