Monday, September 3, 2012

Samsung Galaxy Note 2 (9 Gambar)

29 Ogos yang lalu Samsung memperlihatkan Samsung Galaxy Note 2, kesinambungan kepada Note yang muncul tahun lalu. Note 2 diperkasakan dengan pemproses 1.6 Ghz Empat Teras dari keluarga Exynos dan menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean. Skrin peranti juga lebih besar dari Note asal iaitu 5.5 inci berbanding 5.3 inci. Kamera pula sebesar 8 megapixel dan mengambil gambar sebaik SGS 3 yang seperti kita sedia maklum mengambil gambar dengan baik sekali. Jika anda menggemari SGS3 tetapi merasakan ianya terlalu kecil untuk tangan anda, Note 2 ialah peranti yang harus anda nantikan kemunculannya Oktober ini. Harga jualan masih belum diketahui tetapi jika ianya dijual pada harga yang sama dengan Note asal memang kami di Blogserius akan beli pada hari pertama jualan. Sangat cool!



No comments:

Post a Comment