
Susulan itu,Yasmin segera tampil kepada media Utusan dan merayu orang rama agar penyebaran gambar dirinya yang hanya memakai baju tiub dan menampakkan hampir keseluruhan perutnya dihentikan.
"Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan seumur hidup saya. Hanya untuk kami sekeluarga, bukan untuk tatapan orang lain. Ketika sesi fotografi itu hanya saya, suami dan seorang anak saudara saya sahaja ada di situ dan bukan untuk orang lain pun."
"Saya sangat kesal dengan sikap mereka yang tidak sudah-sudah mengaibkan saya dengan menyebarkan lagi gambar itu di laman sosial. Apa yang mereka dapat?"
Dalam perkembangan sama, isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Black Rose itu turut membidas beberapa kritikan pedas yang dilemparkan segelintir peminat kepadanya di laman sosial.
Jalan terbaik ...jangan sesekali mengambil Gambar seperti itu hatta untuk simpanan peribadi kerana sudah acapkali gambar-gambar ini terlepas ke tangan orang yang tak bertanggung jawab .....
ReplyDelete