Tuesday, September 4, 2012

11 Gambar peserta perhimpunan janji Bersih dikehendaki Polis

Polis telah menyiarkan gambar Peserta Janji Bersih yang dikehendaki bagi membantu siasatan berikutan pendedahan video menunjukkan para peserta ini telah memijak gambar Perdana Menteri dan Isteri.
Lepakk.com akan tetap menyokong PDRM dalam menjaga keamanan Negara Tercinta.
KUALA LUMPUR — Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
“Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd. Azizi di talian 019-2602344,” kata Ku.
Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera ‘baru’ sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. — BERNAMA

peserta janji bersih di kehendaki
 peserta janji bersih di kehendaki
peserta janji bersih di kehendaki
peserta janji bersih di kehendaki

















peserta janji bersih di kehendaki

No comments:

Post a Comment