
KUALA LUMPUR: “Saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu. Lebih baik tunggu saja,” kata pemuzik dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze, 36.
Beliau ketika dihubungi Harian Metro petang semalam bercakap dalam nada ‘bengang’ apabila diminta mengulas mengenai tindakan isterinya, Farazila Abdul Jabar, 31, yang dilaporkan sudah memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 30 Ogos lalu.
“Dalam Islam pun dilarang manusia untuk membuka aib sesiapa, oleh itu lebih baik saya berdiam diri!,” katanya. Difahamkan, kes perceraian mereka akan disebut dalam mahkamah berkenaan pada 27 September ini.
Pasangan itu bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di Batu Pahat, Johor.
Terdahulu, Sham yang juga komposer dan gitaris kumpulan rock mengejut peminatnya apabila mengambil keputusan meninggalkan bidang seni yang disertainya sejak sekian lama.
Sham ketika itu akui dia menerima hidayah daripada Allah dan mengambil keputusan melakukan kerja sebagai pendakwah bebas.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment